Ahad, 29 Oktober 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 04 [TV 720p AAC][MALAYSUB][38BD87B0]


720p : DDL

Kami agak lewat...

Kali ini menceritakan tentang kehidupan Sharyu, nama sebenarnya adalah Yuuki Masaki dan mempunyai slogan kata "Saya mengharapkan Keamanan" atau "Saya mengharapkan Kedamaian". Sharyu  bermaksud  atau mempunyai bunyi sebutan seakan-akan "Saru" bermaksud "Monyet". Sharyu bermaksud seperti sifat salah satu dari tanah (agak rumit untuk dijelaskan). Seorang pejuang yang tidak dikenali oleh kebanyakkan pejuang yang lain. Sharyu mempunyai corak tempur traditional yang diajar oleh gurunya bernama Mizaru, Iwazaru, Kikazaru iaitu memanipulasi cecair, pepejal-pepejal , dan gas (Sharyu mengambil keputusan tidak akan menggunakannya) dan juga alatan-alatan pertempuran seperti senjata-senjata biasa. Di dalam Anime dia berjaya menamatkan  300 konflik perang antarabangsa dan juga 200 perang saudara. Di dalam novel pula sebanyak 314 konflik antarabangsa dan 229 perang saudara. Saya ringkaskan, Sharyu tinggal bersama dengan teman lelakinya selama 5 tahun dan berjanji akan berkhawin setelah semuanya selesai (setelah pertarungan).  Sambungannya dalam episod ini...

17 comments:

fiveseven berkata...

Terima kasih kalau boleh lagi cepat buat sub lagi baik, sebab kami tak sabar-sabar nak tunggu lama.

helena berkata...

Terima semua yang buat sub ni! saya dah donlot episod 1 tapi episod 2 tak dpt donlot dia tulis link eeror. supaya dpt bantu saya pulihkan semula.

guaranggi berkata...

Typeset untuk Juuni taisen agak expert. dari apa yg aku boleh gmbrkn dari ep 1 hngga ep 3... kdg² aku tertanya juga berapa lama masa diambil utk buat semua tu? Spt logo berpusing tu berapa lama masa diambil untuk buat semua tu? Mengikut pengalaman aku pernah lihat jarang group² luar buat logo pusing dari atas sampai ketitik pusat bermaksud dari atas besar ketengah jadi kecil. Kedua episod 6 Tsugumomo tak silap aku typeset dia agak 3 kali ganda heavy dari sebelum² yg menjadi tanda tnya skrg berapa lama masa diambil sbnrnya?

bob berkata...

Thankayu min 😀

yurilovers berkata...

Terima kasih dan selamat pagi!

nurul berkata...

Selamat pagi min jgn lupa sarapan dulu lepas tu baru reply 😄

hasrol berkata...

Oh man nasib link tak kena delete... aku sedut dulu la ye min. Pos la awal sikit min ni tak kul 1 pagi baru pos kita org dah tido la nanti kene delete lagi pyh ni.

anjangjolobu berkata...

Ontah la admin kek sini tak boleh nak bezo malam dgn pagi kot... kalau yo pon pos la waktu tongahri ko, malam ko ni tak kul duoleh pagi dio pos. Kalau kono delete mampuih nak nak mesej bos bosa dio tu manjang offline duo puloh ompek jam. Apo pn samo samo kasih la

anjangjolobu berkata...

Sey dah sodot clione apo natang ntah susah ona nak nyobot eh... dio ha apo yo nak koba... link dio tu dah expired kalau buleh tlg up sekali lagi la admin... kalau takdo data nak upload copek-copek mesej den ha... den kasi topup sampai buleh up sumo sekali. Payah bona den tgok ha sey tau tu unifi skrg cap ayam, 30mbps skrg upload cam taik plg tinggi la skrg 8mbps jo upload... dulu 30 donlot 30 uplod. Manjo bona kasi maxis ontah apo maxis kasi suap TM.

orang_gila berkata...

@anjangjolobu kampung ulu mana kau duduk? sepatah pun aku tak paham?

anjangjolobu berkata...

@orang_gila kau kalau dah gilo buek cara gilo tak payah nak kacau den... Ulu-ulu den ni ha puak-puak den gak yang banyak buek terjemahan... keduo budak johor ketigo fancy fancy efek, tulisan berghogak sano sini tu byk orang utara ekau apo tau? Kito ni orang melayu buek cara melayu. Kalau tak paham duk ontok-ontok.

syazwani berkata...

Harap nezumi akan menang hihihi

pyonta berkata...

Aku rasa cam tu gak... sebab lagu penutup ada gambar nezumi dan sebelum nezumi lembu dan arnab. Aku rasa si monyet mati terbunuh dengan kembar si ular.

noel berkata...

Bergantung pada pembuatnya, jika dia malas nak buat kita pun tak boleh nak buat apa-apa. Tak semua kami boleh buat adakala seperti dari frame sebelah naik keatas (mereng atau sendeng) dalam keadaan zoom. Mungkin kadang-kala jump frame 3 kali atau lebih. Ada masa typesetter akan buat kalau membebankan typesetter akan lupakan dan hanya letak an8 sahaja. Tsugumomo episod 6 saya ambil masa 3 hari memandangkan ada white board yang penuh dengan tulisan jepun malahan terdapat motion yang agak banyak. Jika ada fansub luar yang membuatnya mungkin keadaannya tidak terlalu sukar dimana saya hanya perlu menukarnya sahaja.

noel berkata...

Ya memang benar, buat masa ini pihak tm lebih mengutamakan rakannya dengan mempromosi maxis fiber dan semua kelebihan Unifi sudah ada pada Maxis Fiber (pemasangan oleh kontraktor tm sendiri hanya tukar baju dekat pejabat). Tetapi bukan bermakna kami tidak akan memuat naiknya semula, cuma perlukan masa adakah yang terbaru ini selamat pautannya ataupun tidak.

noel berkata...

Buat masa ini kami tak nampak lagi masalah yang timbul, disebabkan kami menggunakan ads shortlink dan adfly berjaya menghalangnya.

kimochi haru berkata...

Masa yang diambil bergantung pada tahap kerajinan dan saya ambil masa lebih kurang satu jam untuk mencari font yang sesuai dan tidak semua font boleh digunakan kadangkala saiz yang agak besar boleh membuatkan kelihatan tersangkut (bawah 300kb kadar paling sesuai jika frame terlalu laju) tapi tidak semua orang mampu melakukannya oleh kerana membazir banyak masa. Misal kata sesuatu yang tidak penting seperti papan putih. Membawa beberapa puluh baris sekaligus kita panggil heavy typeset... seperti contoh tsugumomo episod 5 atau episod 6... Ada lagi clione no akari, dimension w dan beberapa lagi. Saya boleh anggarkan lebih 8 jam untuk membuatnya. Ada sesetengah peminat beranggapan typeset perlu membuat kesemuanya bermakna keseluruhan tanpa memikirkan tenaga yang digunakan adalah terhad... jika membuat lebih dari kemampuan diri mungkin akan menghadapi masalah mental.