AYASAKU FANSUBS ialah sebuah kumpulan terjemahan yang berteraskan Anime yang memaparkan dialog-dialog berbahasa melayu secara mingguan dan juga bulanan.
Sebelum itu grup kami bernama Etsu bermaksud "Kegembiraan atau Riang" di saluran (Channel) Irc pada awal tahun 2010 pada bulan Mei - sehingga Jun 2012 yang dianggotai oleh BOXSIT, Heyna, Oktakok, Norry, Krokodiledundie, Repogear, Sixvoice, Noel, dan diketuai oleh Elvin. Channel itu tidak mempunyai ramai anggota oleh kerana grup itu hanya tertumpu pada pembelajaran tentang beberapa bahasa program seperti Maya, Ruby, Lucid, Pascal dan beberapa bahasa program lain. Sementara itu hanya beberapa projek sampingan yang lain sebagai mengisi masa lapang.
Kami tidak mempunyai ramai pengunjung yang hadir cuma bagi mereka yang ingin belajar tentang beberapa bahasa program. Tidak ramai pengunjung di malaysia sebenarnya dan boleh dibilang dengan jari. Apa yang ada cuma rakan-rakan yang memgambil kursus yang sama dan juga pelawat yang mendapat tahu dari mulut seseorang, mereka masuk dan tanya, ingin tahu, selepas diajar, sudah pandai, mereka terus menghilangkan diri.
Pada 21 Novembar 2011 salah seorang anggota menyertai kami yang bernama Deko, dengan membawa masuk drama-drama dari jepun sebagai aktiviti hujung minggu oleh kerana ingin pulang ke rumah agak jauh untuk bersama keluarga dan terpaksa menempah tiket kapal terbang jika ingin pulang ke tanah air. Bermula dari situ kami mula belajar bagaimana ingin menterjemahnya.
Deko menawarkan diri untuk mensarikata drama tersebut, semuanya berjalan dengan lancar pada mulanya tetapi disebabkan beberapa orang telah
menamatkan pengajiannya di UK, mereka menarik diri dengan beberapa alasan tertentu. Kami berjaya menyiapkannya 18 episod dari 45 episod sahaja.
Kami berubah kepada siri-siri Anime oleh kerana pada masa itu sudah terdapat softsub dan ianya agak mudah oleh kerana sudah terdapat terjemahan.
Deko dan norry menarik diri oleh kerana mereka tidak berminat dengan Anime pada 16 April 2012. Masa berlalu begitu cepat setiap seorang meninggalkan Channel oleh kerana telah menamatkan pengajian tertinggi mereka. Yang tinggal hanya Noel seorang Di Channel dan malangnya mereka pergi terus tidak kembali lagi. Pada awal Jun 2012 Noel menutup Channel tersebut.
Dan kini kami bergelar Ayasaku bermaksud Aya (Berwarna) Saku (Mekar) dan jika digabungkan tiada apa-apa maksud. Ramai yang tertanya, apakah maksudnya?
Tetapi apa yang boleh kami beritahu, pada setiap musim, bunga sentiasa berubah warna serta kembang dengan mekarnya.
AYASAKU telah di dirikan pada 10 Oktober 2014 selepas sebulan pemergian bapa tercinta Noel ke Rahmatullah. AYASAKU telah di bangunkan atas dasar melakukan beberapa kajian tentang minat seseorang tentang Anime dan sejauh mana mereka mempelajarinya tentang Anime dan juga respon mereka tentang Anime selepas menontonnya. Disebabkan rasa sedih diatas pemergian bapanya, dan disamping itu turut menjaga ibunya yang sedang sakit. Pada 11 Oktober 2014 Noel telah membangun 4 komuniti perbincangan di wechat, grup google, telegram, dan Social linkers yang pada dasarnya dia tidak berminat dengan Anime. Tujuan dia membangunkannya kerana beberapa alasan dan salah satu darinya "tidak mendapat keadilan, dikhianati, pecah amanah dan sebagainya yang melibatkan rakan-rakan kongsinya yang pada ketika itu dia sedang menjaga ibunya yang sedang sakit". Anggota yang bernama Nomy Elstrada mencadangkan dia harus menyertai atau berkomunikasi dengan beberapa komuniti perbincangan supaya dapat mengurangkan tekanan mental yang dihadapi olehnya. Nomy beranggapan, jika melakukan beberapa kajian boleh meredakan masalah yang dihadapinya.
Pada masa itu hanya 3 platform sahaja yang kurang popular iaitu wechat, google dan juga telegram dan akhirnya Noel telah memutuskan untuk menutupnya selepas 3 bulan.
AYASAKU aktif di Social linker (Platform Biru versi lama dan kini perisian tersebut telah dibuang dari google playstore oleh kerana beberapa faktor kurang selamat) dan kelebihannya juga jika salah seorang dari kami dari negeri berasingan mengaktifkannya. Jika kami mempunyai 10 orang bermakna kami akan aktif 10 tempat berasingan.
AYASAKU pada mulanya tidak mempunyai sebarang anggota. Selepas beberapa penutupan, salah seorang dari rakannya berminat untuk menyambungnya semula dan anggota pertamanya adalah Flubird dengan menggunakan ID Noel. Selepas dua minggu, salah seorang dari kami iaitu anggota awal Deko telah menyertainya semula dan menggantikan tempat Flubird dengan menggunakan ID yang sama. Selepas 2 bulan Deko mengambil keputusan ingin keluar lalu menyerahkan ID tersebut kepada Flubird semula. Masa terus berlalu ID tersebut berubah tangan kepada Norry iaitu ahli kumpulan terakhir yang menyertainya pada masa itu dan setelah itu Serene dan Mono mengambil alih ID tersebut oleh kerana grup yang ditubuhkan atau di asaskan oleh Noel pada mulanya sudah ramai pengikut.
Sepanjang penubuhan awal berbagai perkara yang telah berlaku dan kami juga sering mempromosi grup-grup lain terutamanya dalam terjemahan berbahasa melayu. Ada yang memberikan respon positif dan juga respon negatif pada ruang komen dan kami ingin mencari tahu apakah yang di inginkan oleh mereka disebabkan kami tidak menonton Anime. Kami memanggil Noel untuk menyertai kami semula yang pada mulanya dia menolak dengan berkata
"Dia tidak minat Anime". Setelah Noel menyertainya semula ia memanggil Deko kembali supaya aktif seperti dahulu.
Kami berusaha mencari jawapan apa yang tidak disukai oleh mereka dan akhirnya kami bercadang ingin membuat terjemahan Anime atas nama kami sendiri dalam bentuk hardsub untuk kali pertama pada umum. Kami membuatnya dengan hati terbuka dan respon yang kami terima dari pengikut yang sudah berumur agak negatif dan lain pula sudut pandang bagi orang muda dan mereka mengatakan tiada masalah.
Kami menerima ramai penterjemah tetapi malangnya semua membuatnya separuh jalan. Kami berusaha menjadi yang terbaik dan kami bercadang untuk membuatnya dalam bentuk softsub di mana kami membuatnya untuk kenalan-kenalan kami dan bukannya untuk tujuan umum. Bermaksud jika kenalan kami rasa kurang sesuai, mereka boleh mengubahnya sendiri mengikut selera mereka tanpa perlu membuat keseluruhan dialog.
Pada 21 September 2015 secara rasminya AYASAKU membuat laman sesawangnya sendiri di atas nama Domain www.ayasaku.wordpress.com dengan menukar nama domain asal "blog noel" dan nama kami terus berkembang di atas nama Uknow salah seorang anggota dari www.tapawsub.animemalay.net pada 09 Disember 2015 dan mungkin tanpa tiketnya nama kami tidak diketahui oleh umum. Setelah beberapa bulan kami disertai oleh beberapa orang pelajar, tetapi yang paling berjaya hanya Axsid, Camellia, Shazlina, Meimay pada ketika itu dan yang lain cuma hasil gagal di mana mereka asyik bertanya, karaoke, karaoke, karaoke, di mana mata pelajaran seperti itu tiada di ajar di sekolah rendah atau sekolah menengah, agak susah mengajarnya jika tiada asas dalam bahasa program dan apabila sudah pandai bertukar pula menjadi malas.
AYASAKU berusaha menjadi yang terbaik bagi seseorang yang telah mempromosi pada umum dan balasannya haruslah setimpal. Kami belajar banyak perkara supaya menjadi yang terbaik untuk memberi kepuasan pada semua pihak. Walaupun ada sesetengah pihak tidak menyenangi kewujudan kami. Kami cuba tonjolkan bakat kami sedangkan kami sedar, kami bukanlah sempurna 100%. Kami meninggalkan Channel kami di Social link oleh kerana tiada sesiapa yang ingin menguruskannya lagi pada 14 Febuari 2016. Selepas beberapa hari penutupan bekas pelajar Norry yang tidak diiktiraf yang bernama Hiruna menawarkan diri untuk membantu kami dengan membawa 6 orang penterjemah. Tetapi malangnya Noel tidak mengambil mereka oleh kerana beberapa faktor masa lampau mereka dan mereka juga bersifat jenis melawan dan suka berdendam termasuk ketua pemberontak mereka Hiruna. Kami menerimanya tanpa anggota-anggotanya dengan bersyarat, tugasnya adalah membantu seorang lagi pelajar kami. Dan kami akan letakkan mereka sebagai unit bantuan.
Kami cuba tonjolkan pada generasi muda, sedangkan kami yang bekerja 8 jam sehari mampu membuatnya walaupun kami kurang berminat 100% terhadap Anime.
Apa yang anda lihat sekarang, typeset dan berbagai lagi adalah hasil tangan atau kerja seseorang yang tidak minat terhadap Anime.
Kami cuba membuatnya di atas nama sumber terbuka supaya generasi muda dapat menanam minat untuk mempelajarinya.
Kami percaya suatu hari nanti seseorang pasti berminat untuk belajar mensarikata Anime.
Kami selalu percaya seseorang yang mula berminat untuk membetulkan kesilapan pada dialog akan jadi seorang editor yang baik.
Kami percaya dari seorang editor akan berminat mempelajari bagaimana ingin membuat karaoke dan juga sebaliknya.
Kami percaya suatu hari nanti ada seseorang yang akan naik dengan namanya sendiri dengan kelebihan yang kami tidak ada.
Kami yakin setiap generasi baharu mempunyai kelebihan mereka sendiri yang tiada pada pendahulunya.
Kami yakin setiap orang mempunyai minat berbeza dengan bermula dari bawah seseorang itu akan jadi seorang yang berjaya pada suatu hari nanti.
Kami percaya di mana kami harus menerima hakikat akan datang akan hadir seorang yang lebih baik dari kami,
dan zaman kami akan berakhir buat selama-lamanya.
Pada 13 Oktober 2017 semua pautan muat turun kami telah di nyah aktifkan oleh kerana terdapat beberapa laporan yang datangnya dari IP perseorangan.
Seperti apa yang telah diberitahu pada kami dan maklumat itu adalah rahsia untuk di dedahkan pada umum dan akaun premium kami telah dibekukan malah termasuk akaun percuma.
Seseorang beralamat di malaysia tetapi di foward atas nama pemilik dan kami yakin dia bukan seorang yang baharu dalam industri seperti kami dan kami anggap dia tidak sehebat kami dan bagi kami dia tidak gentle oleh kerana kami sentiasa menerima teguran dan selalu berhadapan dengan pengkritik-pengkritik di Social Linker pada ruang komen yang lebih teruk lagi.
Bermula pada 13 sehingga 15 haribulan 98% semua pautan kami tidak berfungsi lagi. Kami anggap ini adalah "sebahagian" dari sifat orang-orang malaysia, rasa cemburu, iri hati, dengki dengan kejayaan orang lain adalah sifat semula jadi yang sukar di kikis.
Pada 06 Disember 2017 Domain kami telah dibekukan oleh kerana telah mendapat laporan seseorang (Kami yakin dia adalah orang yang sama) dengan mengatakan laman sesawang kami dipenuhi oleh dengan pautan-pautan bahaya. Mungkin dia tidak dapat mengambil semua pautan muat turun oleh kerana terdapat pautan iklan, jadi dia mengambil jalan mudah untuk memadamnya dari enjin carian. Kami meminta pihak domain memberikan semua maklumat tentang pengadu dan jawapannya yang diberikan adalah sama seperti sebelum ini.
Kami dibantu oleh ramai pihak selain itu termasuk dari pihak www.tapawsub.animemalay.net iaitu Tapaw7 untuk mengedarkan hasil keluaran kami yang tergantung buat sementara waktu sebelum kami pulih seperti biasa. Selain itu antara beberapa orang yang namanya kami tidak dapat dedahkan di sini atas dasar privasi. Terima kasih semua!
Dengan tumbangnya AYASAKU pada 06 Disember 2017 bermakna berakhirlah AYASAKU di mata peminat kami dan berita baiknya pula kami adalah grup fansub malaysia pertama yang namanya terlekat di dalam sejarah moden masa kini. Ia adalah simbol sejarah bagi kami dan kami akan ingatinya sampai bila-bila dan juga bagi anda sendiri yang mengenali kami. Bukan kami yang ingin mencipta sejarah tetapi si pengadu itu sendiri yang menciptakannya untuk kami malah memberikan sesuatu titik-titik hitam pada generasi-generasi baharu untuk memperingati nama kami sampai bila-bila.
Pada 08 Disember 2017, Kami mengambil semula data-data kami tetapi ada beberapa perkara tidak dapat diambil semula. Dari segi kebiasaan Noel menolak sesiapa sahaja yang ingin membantunya dan ia akan selesai dengan tangannya sendiri dan apa yag kita lihat sekarang adalah hasil tangannya sendiri. Kami di sini hanya menulisnya sahaja dan menghiasi apa yang perlu.
Pada 12 Disember 2017, Laman kami pulih seperti sediakala tetapi tidak secara umum. Kami memikirkan lebih baik kami membaiki semua pautan muat turun terlebih dahulu selepas selesai baru kami akan kembali aktif seperti sedia kala.
28 Disember 2017, Kami telah selesai membaik pulih semua pautan kecuali ada beberapa yang tidak dapat di muat naik semula. Pada 01 Januari 2018 Noel membuat semula reka bentuk laman ini supaya nampak lebih ceria sedikit dari sebelum-sebelumnya supaya nampak lebih interaktif dan menambah beberapa fungsi.
Ayasaku fansubs komited ingin menjadi sebuah fansub yang sama taraf seperti fansub-fansub berbahasa inggeris, indonesia dan lain-lain negara di luar sana yang mengekalkan tradisi softsub sehingga kini. Kami memegang dasar-dasar mereka apa yang di bawa oleh mereka dan kami akan bawanya pada generasi seterusnya mengikut corak yang sama. Kami akan pastikan fansub malaysia tidak di kategorikan sebagai berfikiran kolot atau sempit atau juga ketinggalan zaman dengan teknologi masa kini dan juga arus peredaran zaman. Kami ambil secara percuma dan berinya secara percuma tanpa sebarang bayaran. Ia adalah sumber terbuka dan terbuka untuk semua. Kami tidak akan sesekali menjadikan sumber terbuka bertukar menjadi sumber tertutup di mana ia akan menyukarkan lagi kelahiran baharu ingin mendalaminya dengan lebih dalam lagi. Selain itu semua usaha-usaha kami bukannya datang dari kami sahaja tetapi dari penonton atau peminat yang ingin memilikinya.