Isnin, 27 November 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 07 [TV 720p AAC][MALAYSUB][F02F780F]


720p : DDL

Untuk episod akan datang mungkin kami agak lewat, oleh kerana penterjemah kebanggaan hiruna ingin bercuti dihari minggu katanya. Dari kebiasaannya semua penterjemah yang datang darinya kita boleh kategorikan "Agak baik, berbanding kami" dan juga beberapa orang yang agak popular diyoutube "Subber youtube" dan yang lain kami boleh gelarkan "Underground subber jenis live action".  Bagaimanapun kami doakan semua impiannya berjaya untuk menumbangkan kami dan yang lain-lain pada suatu hari nanti. Dan dia selalu berkata "Axsid seorang gagal" dan "Saya adalah musuh ketatnya". dan lagi satu ayatnya berbunyi "Jika Axsid itu seorang lelaki yang berani, sahut cabaran saya tahun hadapan". Kami juga menganggap dia juga serta penterjemahnya seorang yang berani menyerang serene. Bukan kami sahaja yang dia serang, semua group chatroom dia serang dengan mengkategorikan mereka "Subber bawah tempurung". Tapi apa yang kami pelik dia dengan penterjemahnya walaupun mempunyai 99% perbezaan pendapat dan sering bergaduh pada setiap hari tetapi kerja mereka tetap siap. Satu kombinasi yang agak mengejutkan kami dan agak jarang berlaku.

39 comments:

Ramadhan berkata...

Aku sokong hiruna sebab apa dekat telegram ramai subber cakap besar lepas tu tak nak mengaku kalah dalam berbagai segi... tapi aku puji hiruna dengan penterjemahnya yang berani mencuba dan buktikan pada semua group subber underground yang lain yang dia bukan cakap besar selama ini. Memang betul katanya “Subber bawah tempurung”. Tambahan lagi perkara yang paling memalukan, mereka ada upload dekat torrent dengan tag malaysub bila masuk group channel mereka dah macam rojak... Indo ada, malay ada, thai ada, english ada... Semuanya ada... Torrent hanya fansubber bukan promote link channel atau apa-apa untuk tarik user.

Ponta berkata...

Itu mmg biasalah... aku pn ada join gak dah mcm keling masuk channel tu. Dorg mmg promote channel pn bukan satu je mereka ada 5 atau 6 channel admin yg sama. Mgkn hiruna boleh tarik seorg lagi penterjemah hebat mereka tu... seorg tu juga agak hebat tapi syg hanya tak boleh tonjolkan kemahiran pada dunia luar. Aku tertarik dgn terjemahan tokasatsu mereka... mana tahu mereka minat nak terjemah anime pula.

tnine80 berkata...

Entah aku tak kenal sgt bdk hiruna ni tapi aku penah tgk channel dia dulu... terjemahan dia agak byk dan sub dia pn dah macam org dewasa padahal masa tu dia darjah 6 lagi... Mslhnya tiada sesiapapun yg berani nak lawan ckp dia sbb setiap kata-katanya macam org dewasa. Tapi sub dia xde la hebat mcm skrg cuma dulu dia sorg² je yg handle ukt group 3k disebabkan bwh umur channel tu pihak telegram yg padamkan sebab byk dapat repot yg anti kepadanya.

tnine80 berkata...

Telegram mmg ramai subber cuma nama mereka² telah dirahsiakan. Kebanyakan siri² toku dan toku jenis lama² yg dah tak wujud lagi. Untuk tarik seseorg yg telah ada kemahiran dgn aegisub agak susah kecuali hiruna dapatkan tumbangkan leader dorg sendiri. Kbykn mgkn tak berani kot sbb apa yg aku dpt tahu hiruna ada 3 kemahiran berbeza dan dia jenis sukar utk diayat² manis.

nomy elstrada berkata...

Banyak juga tahu tentangnya... saya ada juga mendengar kemahiran terbarunya encode video menggunakan vapour dekat telegram walaupun caranya agak minimal tapi saya rasa tnine pasti tercabar lepas ini selepas mendengarnya.

deko hayaku berkata...

Hahahaha...

tnine80 berkata...

Tak la... aku sbnr dah malas nak mengkaji lagi benda² cam tu. Bagi org muda la pula... kita dah tua ni buat la cara dah tua.

Ponta berkata...

Bukan ke org lama pantang dicabar? Malah tak boleh menerima hakikat kekurangan tentang dirinya, jika ada org lebih dari dia?

tnine80 berkata...

Taklah… aku bkn jenis cam tu… korg je suka memfitnah aku ni. Eloklah cam tu dia pandai atas usahanya sendiri… dia mencabar sebab dia nak uji kemampuan dirinya sendiri disebabkan dunia fansub dekat malaysia ni agak suram tak seperti fansub indonesia. Peminat anime dimalaysia semakin lama semakin ramai tetapi malangnya tiada sesiapa yg ingin buat terjemahan… Jadi pendapat aku dengan caranya macam tu, mungkin dia akan menaikkan kemarahan mereka bila timbulnya rasa marah, mereka akan berusaha untuk menyainginya malah disamping itu mereka yg ingin menyainginya akan berusaha mencari atau memperbanyakkan lagi penterjemah² lain yg kita tidak ketahui. Org yg berfikiran dewasa mgkn lebih byk tahu dari kita walaupun umurnya sangat muda.

Ponta berkata...

Bermakna maksud kau dia buat semua tu atas satu tujuan?

tnine80 berkata...

Tujuannya adalah utk bykn lagi subber dimalaysia supaya beroperasi diluar bkn didlm gua (telegram). Itu sudut pandang aku secara positif dgn kata lain “mereka cukup hebat, tetapi kenapa tak tonjolkan pada semua” jadi dgn mencabar mereka semua, mungkin mereka akan cuba keluar untuk menyahut cabarannya. Peminat anime agak ramai tapi penterjemah tiada... subber telegram lagi ramai dari diluar.

Ponta berkata...

Jadi dia juga pasti kategori pengkritik oleh kerana mempunyai tujuan tertentu.

Guaranggi berkata...

Pengkiritk x sm cm hiruna lakukan… Pengkritik hnya kasi kondem kerja org.

moodycoloured berkata...

Axsid nama yang sedang naik ketika dahulu, yang datang dari tapawsub dan berjaya membawa perubahan agak ketara dan juga pelajar yang datang dari hasil didik Tapawsub dan Ayasaku sendiri. Sebelum itu terjemahannya adalah Heavy Object dari tapawsub yang kita boleh katakan agak baik termasuk 5 atau 6 orang penterjemah tapawsub ketika dahulu. Tetapi malangnya selepas Hentai Ouji dia terus menghilangkan diri. Saya beranggapan hiruna mencabarnya mungkin dia rasa kecewa atas sebab Axsid mengambil keputusan untuk melarikan diri tanpa sebarang berita. Mungkin juga hiruna itu salah satu dari peminatnya. Pada ketika dahulu kami pernah membaca statusnya dia suka terjemahan Axsid oleh kerana nampak seperti seorang pelajar tingkatan 6. Selepas setahun dia cuba menukar statusnya kepada "Ia sangat menghampakan, orang yang kita harapkan menghilangkan diri termasuk 25 skrip yang sudah diterjemah kedalam bahasa melayu oleh kakaknya dan baki 12 skrip lagi ada pada kakaknya". dan lagi statusnya berbunyi "Setahun mengambil masa yang agak lama, sedangkan kami orang perempuan tiap-tiap bulan datang "period". Kali terakhir statusnya berbunyi "Kakaknya menghabiskan masa selama 5 hari untuk menyiapkan 25 episod, dan tugasnya copy dan paste masuk kedalam dialog yang sudah ditiming dengan baik, adakah itu agak sukar untuknya dengan menghabiskan masa setahun lebih dan saya boleh membuatnya copy dan paste kurang daripada 30 minit dari sekarang untuk episod 1. Kesimpulan saya, mungkin juga hiruna ada terlibat dengan 25 transkrip tersebut sebelum dia aktif membuat terjemahan seperti sekarang.

tnine80 berkata...

Cerita yg agak menarik ni... salah Axsid sendiri bkn ke dah bagi tau peminat axsid agak ramai tapi dia sendiri yg ambil keputusan cam tu.

kimochi haru berkata...

Dia bukan hanya mencabar itu sahaja, malah leader-leader grup-grup telegram yang mana rasanya hebat bermula dari video raw kosong tanpa sebarang karaoke dan typeset kecuali hanya dialog dengan membuatnya semula sama seperti fansub-fansub lakukan termasuk typeset dan karaoke. Saya boleh klasfikasikan dirinya adalah seorang yang berani berbanding Axsid.

kimochi haru berkata...

Dia mencabar hampir 60 grup-grup telegram yang lain akhirnya admin grup terpaksa menutup atau block bila nampak namanya. Superb!

kimochi haru berkata...

Salah Axsid sendiri kerana melahirkan seseorang yang agak berani mencabar jenis lawannya dengan kata lain dia lahir dari perasaan yang kecewa disebabkan tindakan Axisd itu sendiri.

kimochi haru berkata...

Tahun hadapan! Tingkatan 3 vs Axsid.

nomy elstrada berkata...

Bolehlah kami menonton hasil terjemahan mereka nanti.

nomy elstrada berkata...

Hiruna atau Axsid kedua-duanya adalah pelajar kami. Cuma hiruna pandai gunakan waktu untuk belajar banyak perkara dan Axsid hanya tertumpu pada satu sahaja. Axsid anak didik noel dan hiruna anak didik norrie. Dalam pada masa yang sama hiruna mengambil keputusan untuk meninggalkan kami buat sementara waktu oleh kerana terdapat masalah keluarga. Selepas dia kembali dia ada bertanya tentang anak didik si noel dan perasaannya agak kecewa lalu berkata dia ingin belajar apa yang mereka semua tidak tahu. Deko mengajarnya banyak perkara berkaitan shifting... katanya lagi dia tak dapat apa dia nak, lalu bertemu noel untuk mengajarnya lebih banyak lagi. Disebabkan tindakan Axisd, noel agak malas untuk mengajar sesiapa sahaja setelah Axsid mengambil keputusan untuk berdiam diri. hiruna tak berpuas hati lalu mempromote rakan-rakannya tetapi ditolak dan tak dilayan sama sekali. Noel ada aktif dekat satu channel telegram dan dia terjumpa seorang yang agak mahir dalam terjemahan dengan menggunakan SRT dan kami membuat satu dokumen untuk mengajarnya, sebelum itu Axsid juga sudah tahu meimay adalah anak didik kami yang seterusnya bukan hiruna. Ketika itu hiruna dapat tahu yang si noel telah mengajar si meimay... hiruna agak terkejut sedangkan noel kata dia tak nak mengajar lagi. Hiruna menghantar satu pesanan yang agak ringkas jika begitu ambil saya sebagai typeset bagi membantu meimay. Sebab itu dia dengan meimay kena berpasangan sehingga sekarang dan itu adalah janjinya pada noel untuk membantu meimay. Selepas setahun perangainya berubah sebenarnya dia mempunyai satu dendam yang agak kuat terhadap Axsid oleh kerana noel menolak rakan-rakannya dahulu dan juga 25 skrip yang diterjemah oleh norrie sendiri.

tnine80 berkata...

Kesimpulannya hiruna tu adalah bom jangka yang akan meletup bila sampai waktunya?

naenalevy berkata...

Saya ingin tahu apa kelebihan dua orang tersebut?

deko hayaku berkata...

Kelebihan Axsid hanya pada terjemahan tetapi tidak membuat semuanya. Bermakna hanya tertumpu pada dialog dan juga tiada pemotongan yang akan dilakukan lalu diserahkan pada editor atau typeset untuk menyambungnya.

deko hayaku berkata...

Kelebihan hiruna adalah pada proses editingnya agak kemas malahan akan menyambung tugas terjemahan jika TL dia mempunyai masalah. Dia juga melakukan banyak split dialog, jika tidak kena dengan hatinya dia lebih rela bergaduh dengan penterjemahnya sendiri. Hiruna juga melakukan typeset sendiri jika noel tertinggal apa-apa dalam rilisnya. Jika terdapat karaoke ingin dibuat dia akan menyiapkan ktag kepada kami dan menyerahkan tugas selanjutnya pada kami yang sebenarnya kami tidak meminta dia melakukannya.

deko hayaku berkata...

Berkenaan sifat mereka berdua pula... Axsid seorang lelaki yang agak lembut sifatnya dan slow mo dan hiruna pula seorang perempuan yang agak keras sifat seperti batu dan selalu tidak mendengar nasihat. Dari segi rujukan pula... Axsid banyak melihat kamus jika dia tidak tahu dan agak hebat dalam idiom... Hiruna agak mudah dia akan tanya keseluruhan kawan-kawannya untuk mendapatkan satu jawapan.

noel berkata...

Tapi eloklah tu bersaing sama sendiri. Jadi tidaklah sia-sia saya mengajar mereka selama ini. Saya malas nak mengajar dan ini adalah contohnya... dan saya tak harap semua ini akan berlaku. Hiruna peningkatannya agak cepat setiap 2 minggu akan bertambah kemahirannya malah admin website pro (Nama website dirahsiakan oleh kerana mereka adalah syarikat swasta dan separa kerajaan) tu pun tak boleh nak beri komen terhadapnya. Tambahan lagi dia juga mencabar syarikat yang terkenal tersebut.

noel berkata...

Dalam sejarah fansub hanya dia sahaja yang berani melakukan kerja-kerja gila seperti itu. Mencabar seseorang yang agak pro malahan seorang tenaga pengajar yang telah mengajar lebih berapa belas tahun lamanya dalam bidang multimedia. Jadi apa lagi yang saya boleh cakapkan.

noel berkata...

Dia hanya mencabar jika orang itu bermasalah terhadapnya, jika rasa hatinya kurang senang dia akan luahkan kepada kami ketidakpuasan hatinya dimana hatinya telah tercalar dan menganggap orang itu sengaja mencabarnya. Hati perempuan normal lah tu.

noel berkata...

Buat masa ini dengan fansub-fansub lain atau speedsub lain dia tiada masalah pun malah tak berbunyi sikit pun... masalahnya dengan budak-budak telegram saja. Jadi ia bukan sesuatu yang serius.

tnine80 berkata...

@noelsix Mesti byk anak murid kau, dan aku rasa bukan sorg dua je.

nomy elstrada berkata...

Itu rahsia.

noel berkata...

Dulu ada 5 atau 6 orang, mereka juga agak bagus tetapi mereka mengambil keputusan untuk membuat siri-siri tokusatsu dichannel-channel telegram dan juga drama-drama korea, selepas setahun mereka menghilangkan diri termasuk channel mereka juga. Mereka juga agak bongkak dan sombong apabila sudah pandai lalu mengatakan ilmu yang dia belajar selama ini atas usahanya sendiri bukan datang dari sesiapa. Sebelum mereka menghilangkan diri hiruna ada mencabar mereka dan hiruna dapat selesaikannya kurang dari tempoh 8 jam typeset, karaoke dan sebagainya. Dan mereka mengambil masa 13jam untuk selesaikannya. Mengikut perkiraan tempoh tersebut kurang matang untuk selesaikannya dengan hanya seorang diri iaitu hiruna. Jadi 6 orang itu mencabarnya kembali siapa yang tewas akan dilabel sebagai “little bastard”... pada kali kedua hiruna dapat menewaskan mereka dalam tempoh lebih kurang 6 jam... dan 6 ekor penyu tersebut menghabiskan masa selama 8 jam. Selepas selesai gelaran “little bastard” terus melekat pada 6 orang tersebut. Dalam beberapa hari mereka menutup channel mereka.

deko hayaku berkata...

Itu hiruna yang dulu... hiruna sekarang agak sibuk bermain game di android.

Ponta berkata...

Apa motif bdk tu agaknya. kelakar lak aku tgk bdk tu... hahahah

tnine80 berkata...

Hanya sekadar pendapat aku, dia cuma aim pelajar² noel je dengan beranggapan “Selama mereka belajar, apa peningkatan yang mereka telah dapat dan apa mereka telah pelajari”. Jika di telegram subber mereka nama sering bertukar² dengan mencabar mereka semua sekali mana tahu salah satu antara pelajar noel.

tnine80 berkata...

Skrg dia tertumpu pada Axsid, selama Axsid ada disini apa peningkatan yang telah dia dilakukan. Terpulang pada Axsid untuk menyahutnya atau tidak.

Ponta berkata...

Tapikan posisi mereka tak sama...

tnine80 berkata...

Posisi tak penting... berani atau tak sbnrnya, itu saja. Axsid juga ada editor nama dia Arsenic dan hiruna ada penterjemah nama dia Meimay. Cuma peraturan je harus ditetapkan.