720p : DDL 1080p : DDL
Kami agak tertarik dengan penambahbaikan pada siri Doraemon yang dilakukan oleh tnine80 dan kami agak terkejut dia seorang yang agak pandai tentang encoding video bukan jenis re-encode. Malahan dia mempunyai berpuluh-puluh profile encoding dengan tag [xxxfansub][Anime][crack encoding setting] dan selepas melihatnya mesti agak susah untuk menipunya pada kemudian hari. Dan bukan itu sahaja dia juga mampu membuang layer transport protection level 3.
Bagaimanapun kami selitkan screenshot bagi siri Doraemon yang dimuat turun dari youtube dan juga penambahbaikan pada video tersebut bersaiz 360p.
Klik gambar untuk melihatnya lebih besar
62 comments:
tnine harus ditangkap oleh kerana berjaya crack layer protection pada video simulcast.
Alahai, malunya saya... cubalah matang sikit, tiada siapa yang nak ambil video simulcast dan aku boleh dapatkan dimana-mana tanpa perlu bersusah payah nak crack.
Simulcast video 30fps audio 23fps bitrate 3000 + video protection = anggap saja seperti kita sewa video (rugi duit) kalau beli anime dvd siap kotak lagi.
Internet = pintu kemana saja.
Bagaimana pula setting encoding kau crack orang punya.
Poket Doraemon = Media info
Semuanya reencode adalah sama bagi aku kecuali beberapa setting yang dibuat oleh mereka sendiri. Encoder hanya melepaskan fail video raw yang agak besar.
Crack encoding atau tidak semua boleh dilihat melalui media info. Dan kau boleh lihat ada satu grup menggunakan 28fps.... hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Tapi apa masalahnya 28fps masih tetap boleh digunakan dan boleh dimainkan dekat player dengan baik.
Apa alasannya utk menukar dari 23.976(24fps) menjadi 28fps.
Jam mempercepatkan masa = 28fps
Nak tanya layer protection tu apa dia?
DRM kita bayar langganan mereka untuk menonton video kesukaan kita tetapi video tersebut tidak boleh dipindahkan melalui apa cara sekali pun. Jika kita cuba memindahnya secara auto video akan jadi corrupt. Jika kita pindah dan menonton dimedia player semuanya akan jadi hitam. Jadi melanggan atau membeli boleh ikut pilihan masing-masing.
Tetapi kbykn mereka mengambil DRM protection dari adobe dan cloud mereka adalah amazon. Tapi bagi fansub itu bukan satu masalah besar bagi mereka. Mereka boleh dapatkan kualiti yang lebih baik dari simulcast.
Aduhai pagi-pagi lagi sudah membebel.
Anak dah ramai avatar masih lagi gambar tak senonoh.
Aku cuba membaiki nama baik aku... jadi aku cuba menerangkan dengan lebih lanjut (maaf selepas aku menonton comet lucifer tiba-tiba tulisan aku menjadi formal). Gambar yang ada ular tu aku lukis sendiri guna paint. Susah juga nak buatnya sayang nak tukar baru.
Comet lucifer seperti satu sumpahan dan membuatkan aku susah untuk menaipnya.
Tapi aku ada download mat saleh punya dorg letak 60fps. Cam mana nak ubahnya?
Tak payah ubah biar saja. kalau nak ubah kena guna tsmuxer tapi tiada jaminan untuk audio sebab panjang audio tidak sama dengan video. tsmuxer aku jarang guna sebab tiada apa aku nak ubah jika bermasalah aku cari grup lain.
Jika ingin ubah sila lakukan downmixer pada h264 untuk audio kena muat turun eac3 tak silap aku. dan selebihnya boleh rujuk “pintu kemana sahaja.” ala muat turun baru je la senang cerita.
Rasa aku lupakan niat aku je la... hahaha. aku dah jumpa website reencode kecil sikit.
Ye semoga berjaya.
Kena tutup ruangan komen selepas ini. Jika ada tnine80 tak berhenti-henti bercakap.
Biarlah orang tengah seronok ingin menulis.
Ban_@dekohayaku
Admin gila kuasa ni baikot! baikot!
Ban_@noelsix
Aku ada masalah motion... susah aku nak jelaskan... Masalah bila buat music video nak kata kasar tak kasar tapi cam smooth.
Maksud aku music anime video
Macam tak smooth.
Aku tak tahu video seperti mana dan motion seperti apa tetapi apa yang aku tahu tonton dulu baru boleh tahu motionnya seperti apa. Skrip asal aku rasa dah begitu lama sangat.
[code lang=text]
#Remove Unused Function
[/code]
[code lang=text]
function Debug(clip c){
c = Subtitle(c,"luma: "+string(lu)+"nmotion: "+string(mo)+"nnext: "+string(next)+"nprev: "+string(prev)+"ndiff: "+string(diff),font="Courier New",text_color=$88ffff,halo_color=$000000,size=12,align=7,lsp=2)
c = Subtitle(c,"luma level "+string(luma_level)+"nmotion level: "+string(motion_level),font="Courier New",text_color=$ffff88,halo_color=$000000,size=13,align=8,lsp=2)
return (ck==true)?Subtitle(c,"scene change",font="Courier New",text_color=$f0f0f0,halo_color=$000000,size=14,align=5,lsp=2):c }
[/code]
Dan meletakkan ini,
[code lang="text"]
function f_l0(clip c){return c.removegrain(2)}
function f_l1(clip c){return c.removegrain(1)}
function f_l2(clip c){return c.removegrain(2)}
function f_m0(clip c){return c.Smooth(2,0)}
function f_m1(clip c){return c.Smooth(1,0)}
function f_m2(clip c){return c.Smooth(6,0)}
function f_m3(clip c){return c.Smooth(3)}
function f_m4(clip c){return c.Smooth(6)}
function f_m5(clip c){return c.Smooth(7)}
function f_m6(clip c){return c.Smooth(10)}
[/code]
Bergantung pada filter Smooth, lain filter lain caranya.
But please stop commenting.
Hari ini perbincangan agak berat tidak seperti selalu.
Yang berat hanya tnine je.
Cam mana nak guna?
Nak tanya nanti buat anime Citrus tak? Aku suka manga dia, aku baca sehingga sekarang tapi katanya mereka nk buat anime awal tahun depan. Kalau boleh buatlah tapi biar tnine je la yg encode. Kalau tnine encode lawa sikit... Besar pn besar lah tak kisah pn janji buat anime tu. Asalkan gambar cantik dah ok dah.
Aku harap buatlah, kalau nak donate aku boleh donate berapa byk pn... Aku boleh kasi 4 bulan gaji aku simpan ni. Aku dah tunggu lama sgt nak tunggu anime tu.
Aku tanya je... bukan paksa pn tapi aku dah lama tunggu dah... serius aku dgr mereka buat serupa cam manga dia... rupa pn sama dan bentuk bdn pn sama. Cayala ckp aku ni. Mesti best!
Dari gaya penulisan aku... nmpk cam dah tgu lama kn? Tu tandanya aku dah lama nanti2 kn anime tu.
Admin tak reply ker? Cepatlah balas...
Pada karaoke letak kanji la admin dah lama dah tak buat dulu selalu buat je... Ini mesti dah malas ni... Kalau anime Citrus dah keluar kena lah rajin sikit... aku tau mesti takde org nak donate sebab tu berubah jadi malas.
Tak baik malas2 admin paksa je dorg buat... dorg mesti kena patuh dgn arahan.
Lagi teruk dari aku ni.
Ada benda kita boleh buat pensarikataan tetapi ada sesetengah itu tidak boleh... ya, saya faham dan saya juga ada membacanya sehingga episod 17 selepas itu mereka drop projek tersebut pada 1 tahun 11bulan lalu tak silap saya atas alasan mereka tidak berminat lagi untuk teruskannya kerana sudah ramai group ingin membuatnya selepas manga itu mula popular (ketika dulu hanya 1 group sahaja yang membuatnya) setelah saya berhenti membacanya. Kami tidak bercadang untuk membuatnya, tambahan lagi kita boleh gelarkan Anime tersebut softcore lesbian nanti apa pula pandangan umum disebabkan dimalaysia tidak dibenarkan ada unsur-unsur LBGT (kalau di dalam manga Mei ada menyeluk masuk tangannya kedalam seluar Yuzu). Kalau yuri biasa terbatas pada pergaulan sesama mereka itu tiada masalah bagi kami.
saya pun ada record doraemon pada minggu lepas dan bahagian dua dia hujung minggu ini tapi fail .avi agak besar.. kalau kecilkan kualiti drop teruk.. Selain dari noel dan neko, ada cadangan lain tak bagaimana nak selesaikan masalah ini? Sejujurnya saya tak pandai bab2 ini.
Ada tapi tak silap si tnine dah bagi noel skrip tu... lupa la tu... nanti saya remind dia semula.
Hehe… aku dah kasi lama dah dekat dia… mesti dia test try dekat anime digimon dia la tu.
Bunyi noel dan neko cam kembar je... hahaha digimon bukan gambar dah lawa asalnya.
oh.. dah dapat.. thank you tnine and the geng.. saya pun baru main2 dgn record ni memandangkan siri doraemon di NTV7 berhenti buat ulang2 episode.. jadi kualiti boleh tgk saja.. taklah tinggi mana
Sama²... haha keciknya hal.
Sebenar bukan begitu... ada sebahagian kami akan lakukan tetapi ada sebahagian pula kami tidak membuatnya. Font kanji agak terhad tambahan lagi bentuknya hampir sama dan tiada gaya (bentuk rupa) dan untuk samakan dengan Romaji agak sukar. Seperti karaoke jika ingin meletakkan kanji, huruf kanji harus diletakkan dahulu selepas itu baru romaji jika tidak dilakukan pada kanji dahulu hasilnya pasti tidak cantik. Font kanji saiznya MB agak besar dan ia tak sama seperti font-font lain. Paling kecil saiznya 8mb paling besar 20mb hanya untuk lagu buka itu belum lagi untuk lagu penutup.
fancy effect tidak boleh dilakukan pada kanji misal kata saya membuat fancy effect pada kanji (20mb) x dengan loop layer ia akan menjadikan satu beban pada pemain video.
Alahai boleh la admin. Tak payah lah update kat satus dekat fb takut org ramai nampak. Update dekat sini pn boleh saya hari hari akan masuk sini.
Saya ada gambar kecik sgt kalau nak bsr buat wallpaper kedai ckp saiz 500pixel tak boleh nak print jadi bsr nanti pecah kalau buat macam doramon rasa boleh tak admin saya nak buat wallpaper petak pintu bilik saya ni.
Ini bukan bidang kami. Ia memerlukan Ai untuk render semula gambar asal. Jadi memerlukan kepakaran dalam bidang tersebut.
wah.. amaran nota skrip yang terakhir itu buatkan saya tak jadi pakai skrip hahaha. tak cukup spec.. Apa pun, masalah yang saya hadapi telah pun selesai selepas menghasilkan video raw dulu dan bukan terus re-encode macam biasa dengan set bitrate 3000. >< Kemudian baru kecilkan
Tapi saya tgk noel ada besar kn gambar saiz 300px jadi 3000px tanpa rosak sikit pn dan gambar pn cantik dan tak pecah.
Hehe... nanti jadi apa-apa susah pula... tapi dah try dekat i5 boleh la 4 jam baru selesai. Kalau sah ok baru boleh lepas dekat orang nanti kalau tak lepas dekat i5 masalah pula nak menjawab nanti. Minimum cuma i5 itu pn ambil masa 4 jam atau 5 jam.
Cuba dekat ram 4gb kalau 8gb mgkn ok kot.
Itu kita panggil render... prosesnya sama dengan masa yang diambil oleh penterjemah anime. Hanya untuk satu gambar tapi ikut saiz... Jika 300px boleh jadi 3000px itu bukan calang-calang orang namanya. Sebab agak mustahil... dan aku tak pernah tengok lagi.... hahaha
Catat Ulasan