Memaparkan catatan dengan label Tsugumomo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tsugumomo. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Jun 2017

[Ayasaku] Tsugumomo - 12 Akhir [TV 720p AAC][MALAYSUB][84B5D0C7]


720p: DDL

Kali ini lambat sedikit tidak seperti biasa, jika tiada aral melintang untuk batch mungkin selepas raya nanti. Semoga anda semua terhibur dengan terjemahan kami yang tidak seberapa hebat. Bagi yang bertanya rancangan kami untuk musim akan datang atau siri tv akan datang (baru tiba) kami masih belum membuat keputusan Anime apa yang ingin diterjemahkan nanti oleh kerana terdapat ramai rakan-rakan lain yang lebih hebat dari kami. Kami tidak mencari penterjemah untuk akan datang tetapi jika anda minat untuk menterjemah sesuatu Anime anda boleh hubungi kami difacebook atau di telegram (@noelsix) dan pastikan anda jangan bertanya tentang typeset jika anda bertanya tentang itu mungkin dia tidak akan membalas selama bertahun-tahun.

Akhir kata dari kami, kami meminta maaf jika ada salah dan silap atau terkasar bahasa selama ini dan kami dari Ayasaku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada semua peminat kami yang tidak putus mengunjungi kami. sekian~

Sabtu, 20 Mei 2017

Ahad, 14 Mei 2017

Rabu, 3 Mei 2017

[Ayasaku] Tsugumomo - 05 [TV 720p AAC][MALAYSUB])[91C65D25]


720p: DDL

Kali ini kami agak lambat sedikit dan juga untuk episod minggu hadapan oleh kerana terdapat beberapa kerja yang kami perlu siapkan terlebih dahulu. Bagaimanapun, kami ada sesuatu untuk anda semua mungkin mengambil masa sehari atau dua hari lagi iaitu rakaman proses susun atur huruf yang dilakukan oleh noel secara live melalui dekstopnya dan akan dimuat naik ke dalam fb kami . Lagipun ramai yang tidak tahu bagaimana proses typesetting dilakukan oleh kerana kebanyakan hanya pandai menukarnya sahaja. Jadi sama-samalah kita melihatnya bagaimana proses tersebut dilakukan.

Sabtu, 8 April 2017

[Ayasaku] Tsugumomo - 01 [TV 720p AAC][MALAYSUB][5BB84E7D]






720p : DDL

Oleh kerana tiada kumpulan lain yang terjemah Anime ini, jadi kami buat keputusan untuk terjemah siri ini untuk anda semua. Sebelum itu apa yang kami cuba sampaikan Anime ini agak baik walaupun ianya tidak sesuai untuk di tonton secara umum disebabkan Kiriha Obina ini agak kelucahan atau nama lainnya Ayasakura dan juga Kirio (jika dalam manga). Apa yang sayangnya tiada fansubs luar ingin terjemahnya... malah sumbernya raw cuma ada dua... paling mengejutkan CR dengan FUNI tak berminat untuk membeli siri ini. Pada kali ini kami guna 100% tenaga kerja noel untuk buat semua tanda-tanda, logo dan sebagainya kalau tidak pasti buruk jadinya tanpa semua itu, bukan? Apa yang lebih penting Trap untuk pancing si deko untuk terjemahkan semua dialog tersebut berjaya. - tepuk-tepuk-tepuk... tepuk tangan semua. Kredit seperti dibawah bagi anggota yang terlibat dalam terjemahan siri ini.

Transcript/ dialog/ timing : deko
Encoder : noel
Re; TL : noel
Typesetting : noel
Editor : flubird
OP/ ED/ kan/ lyrical : deko
OP/ ED Kfx : norry
Qc : mono, norry, serene

Pssst ost dia bunyi macam naruto pula bila lawan... hehe